Cara Penyediaan:
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Keluarkan kolagen mentah dari rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali toskan
4. Campur dengan 2 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu)
– simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker
Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas boleh juga dicampurkan dengan sunquick atau air buah.
Cara Membuat Masker
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci.
TIPS
Jangan minum kopi, nescafe, teh, berkarbonat atau minuman yang tinggi kandungan kafein selepas mengambil kolagen sekurang-kurangnya 3 jam
Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum dan cepat
Banyakkan minum air kosong 2 - 3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan memaksimakan penyerapan kolagen oleh badan.
No comments:
Post a Comment