OMC - Organic marine Collagen

OMC - Organic marine Collagen

Wednesday 5 December 2012

Antioksida yang diperlukan oleh badan anda terdapat dalam rumpai laut

Kenapa kita perlukan Antioksida
Antioksida terdapat dalam RUMPAI LAUT.
Merujuk kepada satu sumber penulisan, antioksida merupakan sekumpulan bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga secara alaminya, terdapat pada kebanyakan makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, tomato, bayam, brokoli, kentang dan sayur-sayuran hijau adalah antara sumber yang kaya dengan antioksida.
Antioksida sama pentingnya seperti vitamin dan mineral. Beta karotin, vitamin A, C, E, koenzim Q10, asid lipoik dan selenium adalah merupakan antara contoh antioksida. Bahkan, vitamin, mineral, koenzim dan molekul-molekul kecil seperti glutation, koenzim-Q10 dan asid lipoik, dihasilkan oleh badan.
Antioksidan merupakan elemen yang diperlukan oleh badan untuk menghalang dan melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oksidatif oleh radikal bebas yang lama-kelamaan akan mengakibatkan masalah penuaan seperti katarak, artritis dan penyakit Alzheimer's dan juga pelbagai penyakit lain seperti kanser dan alahan (alergi).
Radikal bebas adalah atom atau kumpulan atom yang mengandungi sekurang-kurangnya satu elektron. Lazimnya, ia terhasil daripada pencemaran. Alkohol dan dadah juga merupakan penyumbang radikal bebas pada badan. Dan, adakah anda tahu, radikal bebas juga terdapat pada bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan seperti bahan pengawet, pewarna tambahan dan sisa racun serangga.




1 comment:

  1. gud sharing. jom singgah blog saya. shahhaslinda.blogspot.com

    ReplyDelete